Skip to main content

Mystreet Pizza Kitchen Banggol Peradong

Pernah kah korang makan pizza durian Musang King ??

Huhuhu ... pizza berisi durian ... memang unik kann ... apatah lagi sekiranya isinya menggunakan durian 'kayangan'.

Tetapi, pada harga RM12 bagi sekeping pizza bersaiz lapan inci dan RM20 bagi saiz 11 inci, pastinya pizza durian Musang King ini mampu untuk korang nikmati sambil bersantai-santai ketika bekerja dari rumah.

Namun, lupakan dahulu buat seketika waktu hasrat korang tu jika korang berada di Selangor atau Perlis atau tempat lain selain di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu.

Ini kerana, pizza yang special ini dibuat dan dijual di Mystreet Pizza Kitchen yang terletak di Kampung Bukit Guntung, Banggol Peradong.

Idea ini dicetuskan oleh dua beradik pengusaha pizza iaitu Nur Hanani Ismail dan Ahmad Najib Ismail, sebagai tambahan kepada menu pizza yang sedia ada di kedai mereka.

Ini memberi peluang kepada para penggemar pizza merasai menu limited edition yang hanya dihasilkan ketika musim durian.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para penggemar raja buah ini menikmatinya dengan cara baharu pada harga yang berpatutan.

Menurut kata Nur Hanani, pizza yang mereka hasilkan adalah amat istimewa rasanya kerana dibakar menggunakan dapur oven kayu.

Namun, bukan semua jenis kayu yang boleh digunakan sebagai bahan bakar kerana setiap kayu menghasilkan aroma yang berbeza.

Di Mystreet Pizza Kitchen, mereka hanya menggunakan kayu pokok buah-buahan seperti rambutan dan jambu kerana aromanya lebih 'sedap'.

Menurut Nur Hanani lagi, isi durian Musang King segar diperoleh mereka daripada sebuah kilang di Raub yang membekalkannya dalam bentuk pes.

Sekilogram pes ini berharga RM100 dan boleh digunakan untuk menghasilkan kira-kira 30 keping pizza.

Gabungan rasa lemak manis isi durian bersama dengan keju dan doh pizza yang lembut, telah berjaya menarik minat pelanggan dan mampu dijual sehingga 30 keping sehari.

Tambahan pula, dengan teknik membakar hanya selama dua minit di dalam dapur kayu ini menjadikannya satu produk yang sedap dan unik rasanya.

Hasil jualan sehingga 250 keping sehari menjadi bukti bahawa pizza yang mereka hasilkan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Salah satu menu signature mereka adalah pizza daging salai yang turut mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Selain daripada di lokasi ini, mereka juga mempunyai dua lagi kiosk iaitu di Losong dan Wakaf Tembesu dan merancang untuk mengembangkan perniagaan dan membuka beberapa lagi cawangan di lokasi lain.

Usaha ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan di kawasan lain menikmati pizza dapur kayu yang lazat, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada individu-individu yang mencari mata pencarian.

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Tanaman Keladi Sebagai Sumber Pendapatan

Sebut saja keladi, pastinya terbit dalam fikiran korang pasal makanan seperti aiskrim keladi, asam pedas keladi, cucur keladi, kerabu keladi dan juga ulam keladi. Dan ... kalau korang nak tahu, ada juga lagu dan filem berjudul 'keladi' seperti filem tahun 60an berjudul Miang-Miang Keladi arahan pengarah terkenal Omar Rojik dan lagu nyanyian Salamiah Hassan yang juga berjudul Miang-Miang Keladi yang popular sekitar tahun 70an. Selain itu, dikatakan juga ada jenis-jenis keladi tertentu yang dijadikan sebagai bahan perubatan secara tradisional. Namun, kegunaan dan keberkesanannya tidak lah dapat Admin SatuJutaIdea nak pastikan.  Tetapi, Insya Allah akan dikongsikan kelak sekiranya maklumat tepat telah diperoleh. Namun begitu, apa yang tersangat pasti adalah tanaman keladi telah menjadi sinonim dalam kehidupan masyarakat kita sehinggakan ianya semakin popular sebagai tanaman hiasan di rumah. So , dalam posting  kali ini, Admin nak kongsikan berkenaan potensi tanaman keladi hiasan y

Dodol Opah Yang Kampung Gajah

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya akan mengenali sejenis makanan yang dikenali sebagai dodol. Rasanya yang liat dan kenyal adalah ciri unik yang ada pada dodol. Ada pelbagai jenis dodol --- dodol asli, dodol durian, dodol pulut hitam, dodol pandan, dodol kawah, dodol pressure cooker  --- dan jiran korang Wak Dol itu bukan lah sejenis dodol yaa .... huhuhu Jika dahulu kala dodol menjadi santapan di musim hari raya, tetapi kini, dodol sudah boleh didapati pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Rasanya yang manis berlemak dan kenyal umpama chewing gum  yang boleh dikunyah dan ditelan, telah menjadi hidangan minum petang sama ada di kampung atau di bandar. Maka, kerana itu lah, perusahaan dodol adalah antara merupakan perusahaan makanan tradisional yang menjadi pilihan untuk diteruskan oleh pewaris-pewaris pembuat dodol tradisional. Walaupun bagaimanapun, di atas keperluan dan faktor komersial, pembuatan dodol masa kini bukanlah lagi menggunakan kawah dan kayu api. Walaupun seme

Mbekkk Kambing Perap

Masuk kandang harimau, mengaummmm ... Masuk kandang kambing, mengembekkk ... Kalau kambing perap bakar masuk ke perut korang ... emmmmmm ... sedappppp lah kannnn Hahahaha ... Betul lah apa yang orang-orang lama berkata, jika bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, pasti rezeki akan bertambah-tambah juga. Ini lah yang dialami oleh sepasang suami isteri, Rosnizam Ishak dan Roazian Md Noor yang terpaksa menutup perniagaan kedai makan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan pendapatan mereka jatuh merudum. Tanpa mahu mengeluh dan menunding jari menyalahkan sesiapa, mereka telah memanfaatkan sebaiknya bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalurkan kerajaan. Wang berjumlah RM4,000 yang diperoleh ini telah dijadikan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kambing perap dengan jenama Mbekkk di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada mulanya mereka hanya sekadar mencuba-cuba resepi bahan perap sehinggalah mendapat gabung
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE