Apa yang penting adalah kita berusaha dengan tenaga dan kudrat yang kita ada tanpa hanya bergantung harap kepada orang lain.
Justeru itu, demi kelangsungan hidup di zaman pandemik ini, maka, tak hairan lah jika kita dapat melihat semakin ramai yang memberanikan diri menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan siap dimasak.
Haaaa ... kali ini Admin SatuJutaIdea nak tampilkan seorang lagi artis terkenal di tanahair kita, yang turut sama menceburi bidang ini.
Amelina ... Ratu Dangdut Malaysia ... atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka tempahan untuk pelbagai menu masakan nasi.
Antara menunya termasuklah Nasi Ayam Rindu Amelina, Nasi Minyak Dangdut Amelina, Nasi Ayam Panggang Amelina dan Nasi Ayam Grill Amelina.
Beroperasi dari rumahnya dengan menu masakan homemade, adalah merupakan usaha beliau mencari rezeki menambahkan pendapatan.
Amelina, atau lebih mesra dengan nama panggilan Kaklong, mengakui bahawa setiap perkara baik atau buruk yang berlaku adalah peluang yang diberikan Allah untuknya bermuhasabah diri dan berfikir bagaimana untuk keluar daripada keadaan susah.
Menurutnya juga, tidak pernah terlintas di fikirannya sebelum ini bahawa suatu hari nanti beliau akan berniaga makanan hasil masakannya sendiri.
Justeru itu lah, Kaklong melangkah berani tanpa perlu berasa malu kerana menjual nasi ayam dan nasi minyak sedangkan dirinya adalah merupakan seorang artis terkenal.
Baginya, segala rasa ego sebagai artis terkenal perlu dibuang untuk dirinya berjaya berusaha mencari rezeki melalui bidang jualan makanan ini.
Walaupun bergelar sebagai artis yang sudah biasa beraksi di atas pentas dan berhadapan dengan orang ramai, tetapi, menurut Kaklong, berniaga nasi minyak dan nasi ayam merupakan satu cabaran baharu buat dirinya.
Pada awal perniagaan, Kaklong pernah berasa tiada keyakinan diri kerana bimbang juadah masakannya tidak sedap dan tidak dapat memenuhi selera pelanggan.
Namun, akhirnya, setelah menerima feedback yang positif, beliau semakin yakin untuk melangkah ke hadapan dan aktif mempromosikan juadahnya di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
So ... kepada korang yang membaca posting ini, ambil lah pedoman daripada perkongsian Kaklong dan korang berusaha lah dengan tekun untuk menjana pendapatan sendiri.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
NoVCasino Casino - NOVCASINO.COM
ReplyDeleteNoVCasino.com offers a no deposit kadangpintar bonus of 100% up to novcasino €150. sol.edu.kg No https://septcasino.com/review/merit-casino/ Deposit Bonus is given to new febcasino.com players only. No deposit bonuses expire