Kedua-duanya adalah amat sinonim dengan bolasepak tempatan.
Kehandalan mereka di atas padang sentiasa sahaja menarik perhatian peminat-peminat bolasepak tanahair.
Namun, seiring dengan peningkatan usia, kedua-duanya mula membina tapak baharu melebarkan sayap mereka dalam bidang berkaitan produk makanan.
Penghasilan sambal ikan bilis dan sambal ikan bilis petai adalah merupakan percubaan mereka menembusi pasaran yang luas ini.
Cubaan pertama adalah dengan menghasilkan dan memasarkan sekitar 100 botol sahaja.
Namun, sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan dan sekaligus menyemarakkan semangat mereka untuk memberikan tumpuan kepada produk Sambal DuoBotak ini.
Kenapa mengunakan jenama DuoBotak ??
Pastinya adalah kerana penampilan imej kedua-dua mereka yang botak dan faktor keunikan nama yang digunakan dapat menarik perhatian pelanggan.
Sambal DuoBotak telah mula dipasarkan pada bulan April tahun ini. Permintaannya semakin meningkat dari bulan ke bulan dan sehingga kini jumlah yang telah dijual adalah melebihi daripada 80,000 botol.
Apabila ditanya, apakah kelebihan produk ini berbanding produk sambal ikan bilis yang lain yang ada di pasaran, Hairuddin menyatakan bahawa Sambal DuoBotak adalah merupakan produk premium dan boleh disimpan sehingga tempoh setahun sekiranya tidak digunakan.
Katanya lagi, dengan sistem pemasaran berasaskan kepada agen jualan, ianya memberikan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambahkan pendapatan khususnya dengan situasi pandemik yang tidak menentu sekarang ini.Sehingga kini, terdapat 300 orang agen Sambal DuoBotak di seluruh negara dan juga di Singapura. Mereka juga sedang merancang untuk menambahkan bilangan agen bagi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat.
Menurut Hairudin juga, perniagaan ini memberikan satu kepuasan buat dirinya dan Badhri, bukan hanya kerana berjaya membina dan menempatkan jenama Sambal DuoBotak di pasaran tempatan, tetapi juga kerana berjaya membantu agen-agen jualan mereka untuk menambahkan pendapatan.
Ini adalah sebagai satu lagi sumbangan mereka kepada negara dan masyarakat dengan berkongsi peluang dan rezeki khususnya kepada agen mereka yang telah hilang pekerjaan dan mata pencarian apabila COVID-19 melanda negara.
Kekangan pergerakan merentas daerah atau negeri bukan lah satu halangan kepada perniagaan ini.
Penggunaan media sosial seperti laman Facebook Sambal DuoBotak sebagai platform pemasaran dan jualan serta perkhidmatan penghantaran (pos dan kurier) yang efektif di seluruh negara telah mempermudahkan jualan dan edaran produk mereka ini.
Untuk info korang yang sedang membaca nie, produk ini boleh dibeli terus daripada agen jualan atau dari platform jualan online. Harga sebotol adalah RM25 dengan kandungan seberat 475 gram.
Jika berminat nak tambahkan pendapatan sebagai agen, boleh lah berhubung terus dengan syarikat ya.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment