Skip to main content

Tanaman Keladi Sebagai Sumber Pendapatan

Sebut saja keladi, pastinya terbit dalam fikiran korang pasal makanan seperti aiskrim keladi, asam pedas keladi, cucur keladi, kerabu keladi dan juga ulam keladi.

Dan ... kalau korang nak tahu, ada juga lagu dan filem berjudul 'keladi' seperti filem tahun 60an berjudul Miang-Miang Keladi arahan pengarah terkenal Omar Rojik dan lagu nyanyian Salamiah Hassan yang juga berjudul Miang-Miang Keladi yang popular sekitar tahun 70an.

Selain itu, dikatakan juga ada jenis-jenis keladi tertentu yang dijadikan sebagai bahan perubatan secara tradisional.

Namun, kegunaan dan keberkesanannya tidak lah dapat Admin SatuJutaIdea nak pastikan.  Tetapi, Insya Allah akan dikongsikan kelak sekiranya maklumat tepat telah diperoleh.

Namun begitu, apa yang tersangat pasti adalah tanaman keladi telah menjadi sinonim dalam kehidupan masyarakat kita sehinggakan ianya semakin popular sebagai tanaman hiasan di rumah.

So, dalam posting kali ini, Admin nak kongsikan berkenaan potensi tanaman keladi hiasan yang mampu menjana pendapatan buat korang dengan hanya beroperasi dari rumah sahaja.

Dilaporkan dalam berita sejak tahun lepas lagi pokok keladi hiasan mulai mendapat tempat di hati wanita berkerjaya yang telah kebosanan kerana terpaksa berada dan bekerja dari rumah ... huhuhu ...

Maka, hobi bercucuk tanam mulai menambat hati-hati mereka ini untuk menanam pelbagai sayuran, bunga-bungaan dan juga pokok keladi hiasan.

Walaupun hanya sebagai hobi mengisi masa lapang, hasil sayuran yang ditanam ini boleh lah juga digunakan untuk kegunaan sendiri kan. Dapat lah juga merasai tanaman organik tanpa racun kimia.

Dek kerana kuasa media sosial, ada beberapa jenis pokok keladi seperti keladi cat tumpah dan keladi telinga gajah telah menjadi viral sehinggakan harganya melonjak tinggi ke tahap harga 'kayangan'.

Setelah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, tanaman keladi hiasan masih lagi mendapat permintaan daripada para peminatnya.

Kerana itu lah, peluang niaga ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat mengusahakannya, hatta di laman rumah sendiri sekali pun.

Cara paling mudah adalah korang beli anak pokok keladi, jaga dengan baik dan jual setelah membesar.

Anak-anak pokok keladi hiasan boleh dibeli secara atas talian (di platform jualan seperti Shopee dan Lazada) dan juga daripada nurseri-nurseri yang berdekatan dengan rumah korang.

Tapi, korang perlu beringat dan berhati-hati ya ketika membeli secara atas talian. Bukannya apa, bimbang nanti korang terbeli pokok keladi hiasan 'plastik' yang pastinya tak perlu disiram dan dibaja ... hahaha ...

Next step, setelah menerima anak pokok ini, korang pindahkan ke dalam pasu yang cantik dan unik dan jaga sebaiknya sehingga membesar.

Pastikan siraman, baja dan cahaya matahari yang mencukupi agar pokok korang nie membesar dengan cantik dan jayanya.

Kemudian, korang post lah gambar-gambar pokok keladi korang nie di dalam media sosial untuk mempromosi secara percuma. Paling mudah adalah korang join Facebook group geng tanaman hiasan atau geng bercucuk tanam di rumah.

Share jer gambar-gambar hasil tanaman korang tu untuk menarik perhatian sesiapa yang berminat.

Insya Allah, pasti akan ada peminat pokok ini yang akan contact dan bertanya kepada korang untuk dibelinya. Harga jualan nanti korang boleh lah letakkan mengikut harga pasaran atau harga yang bersesuaian.

Mudah jaa kan nak buat duit dari rumah !!! Yeayyyy !!!

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Dodol Opah Yang Kampung Gajah

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya akan mengenali sejenis makanan yang dikenali sebagai dodol. Rasanya yang liat dan kenyal adalah ciri unik yang ada pada dodol. Ada pelbagai jenis dodol --- dodol asli, dodol durian, dodol pulut hitam, dodol pandan, dodol kawah, dodol pressure cooker  --- dan jiran korang Wak Dol itu bukan lah sejenis dodol yaa .... huhuhu Jika dahulu kala dodol menjadi santapan di musim hari raya, tetapi kini, dodol sudah boleh didapati pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Rasanya yang manis berlemak dan kenyal umpama chewing gum  yang boleh dikunyah dan ditelan, telah menjadi hidangan minum petang sama ada di kampung atau di bandar. Maka, kerana itu lah, perusahaan dodol adalah antara merupakan perusahaan makanan tradisional yang menjadi pilihan untuk diteruskan oleh pewaris-pewaris pembuat dodol tradisional. Walaupun bagaimanapun, di atas keperluan dan faktor komersial, pembuatan dodol masa kini bukanlah lagi menggunakan kawah dan kayu api. Walaupun seme

Mbekkk Kambing Perap

Masuk kandang harimau, mengaummmm ... Masuk kandang kambing, mengembekkk ... Kalau kambing perap bakar masuk ke perut korang ... emmmmmm ... sedappppp lah kannnn Hahahaha ... Betul lah apa yang orang-orang lama berkata, jika bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, pasti rezeki akan bertambah-tambah juga. Ini lah yang dialami oleh sepasang suami isteri, Rosnizam Ishak dan Roazian Md Noor yang terpaksa menutup perniagaan kedai makan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan pendapatan mereka jatuh merudum. Tanpa mahu mengeluh dan menunding jari menyalahkan sesiapa, mereka telah memanfaatkan sebaiknya bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalurkan kerajaan. Wang berjumlah RM4,000 yang diperoleh ini telah dijadikan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kambing perap dengan jenama Mbekkk di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada mulanya mereka hanya sekadar mencuba-cuba resepi bahan perap sehinggalah mendapat gabung
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE