Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah merupakan sebahagian daripada tabung unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
ASNB adalah merupakan syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang berperanan menguruskan tabung-tabung unit amanah yang dilancarkan oleh PNB.
Kalau korang nak tahu juga, ada lima belas tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB ini yang telah berpengalaman lebih daripada 42 tahun di dalam industri kewangan.
Dan ... untuk pengetahuan korang juga, selain daripada ASNB, ada satu lagi anak syarikat milik penuh PNB iaitu Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB).
PHNB berperanan untuk menguruskan amanah pelaburan hartanah atau real estate investment trust (REIT), iaitu sebagai satu peluang pelaburan alternatif kepada para pelabur-pelabur kecil seperti kita untuk melabur di dalam bidang hartanah.
Tapi ... di lain posting lah yer Admin akan berkongsi pula berkenaan dengan REIT ini. Untuk kali ini, kita berkongsi dahulu serba sedikit info berkenaan unit amanah atau biasanya juga disebut sebagai unit trust.
Secara asasnya, unit amanah adalah satu skim pelaburan terkumpul. Maksudnya, dana ini akan mengumpulkan simpanan daripada orang ramai yang ingin melabur ke dalam sebuah tabung unit amanah yang khusus contohnya seperti ASN dan ASB.
Kaedahnya adalah lebih mudah berbanding dengan urusan jual-beli saham di bursa saham.
Nak beli ... nak jual ... nak tambah pelaburan ... atau nak pindahkan unit ke dana yang lain juga adalah lebih mudah untuk dilaksanakan oleh orang ramai tanpa memerlukan kemahiran pelaburan (secara teknikal).
Sejumlah dana yang telah dikumpul ini akan digunakan oleh syarikat (ASNB) untuk pelaburan ke dalam portfolio pelaburan yang telah ditetapkan bagi meraih pendapatan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Para pelabur (korang lah tuu) akan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau pengagihan pendapatan, sama ada secara tahunan atau selepas tarikh matang yang telah ditetapkan.
Contohnya, baru-baru ini, bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, ASNB telah mengumumkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM288.4 juta kepada 302,672 pemegang unit dana harga tetapnya iaitu Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB3 Didik).Agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bermaksud, bagi setiap satu unit amanah berharga satu ringgit, korang akan mendapat 4.25 sen ... ya ... betul lah tu, pulangan sebanyak 4.25% tanpa korang perlu pening nak memikir pasal aspek teknikal pelaburan.
Berbaloi kah pelaburan dalam unit amanah nie ??
Ya ... agak berbaloi untuk jangka panjang sebagai simpanan masa hadapan, berbanding jika hanya disimpan di dalam akaun simpanan biasa di bank.
Tetapi, apa yang istimewanya lagi ialah, korang boleh menjual unit amanah ASB ini tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan dan korang boleh jual di kaunter-kaunter bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma.
Jika ada keperluan mendesak, boleh lah menjual unit-unit yang korang ada untuk mendapatkan wang tunai segera. Jika takde keperluan, tak perlu lah nak dijual, biar ja di dalam akaun untuk korang mendapat pulangan setiap tahun ... bak kata orang, biar duit tu 'beranak' di dalam akaun korang ... huhuhu ...
Admin yakin, pasti ada juga yang bertanya kan ?? Apakah hukumnya pelaburan ASN & ASB ini menurut syariat Islam ??
Untuk persoalan ini, korang boleh rujuk kepada Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam (Portal e-MUAMALAT) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :-
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus."
So ... selaras dengan MISI PNB --- Untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara --- maka, terpulanglah kepada korang semua sama ada mahu atau tidak untuk menjadikan pelaburan dalam unit amanah di bawah ASNB sebagai tabung simpanan dan pelaburan korang demi meningkatkan pendapatan dan kekayaan.
Peluang terbentang di depan mata. Jadi lah seorang pelabur yang bijak. Korang dah kaya nanti, jangan lupa untuk belanja Admin juga yer ... hahaha ...
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment